FGV lantik firma audit bebas, FELDA sahut saranan perkukuh tadbir urus Kumpulan

KUALA LUMPUR – FGV Holdings Berhad (FGV) telah melantik sebuah firma audit bebas untuk menjalankan forensik audit berhubung perkara-perkara khusus melibatkan sebuah entiti yang mempunyai hubungan korporat dengan Kumpulan.

Pada masa sama, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memaklumkan, proses pelantikan firma audit bebas sedang giat dijalankan ke atas beberapa buah anak syarikat yang lain.

Menurutnya, pelantikan itu dilaksanakan selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Jawatankuasa Khas Hala Tuju FELDA 2030.

“Langkah ini dirangka khusus untuk menambah baik tahap tadbir urus Kumpulan FELDA demi kelestarian agensi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, FELDA akan terus meneliti keperluan untuk melantik firma audit bebas bagi melaksanakan pengauditan forensik secara profesional dan menyeluruh ke atas FELDA dan semua organisasi di bawah Kumpulan FELDA.

Sebagai rekod, ujarnya, inisiatif pengauditan forensik terhadap FELDA telah dilaksanakan sejak tahun 2019.

Jelasnya, FELDA sebelum ini telah melantik Tetuan Ernst & Young (EY) dan dapatan laporan audit berkenaan telah pun dibentangkan di Parlimen melalui Kertas Putih FELDA pada tahun 2020.

Katanya, pelaksanaan audit terbaharu itu mencerminkan komitmen berterusan pengurusan Kumpulan FELDA dalam memperkukuh aspek tadbir urus, akauntabiliti, ketelusan dan pematuhan di semua peringkat operasi.

“FELDA kekal tegas dengan pendiriannya ehiuk mgi dantikape karentingan organisasi serta kesejahteran peneroka sentiasa dilindungi dan terpelihara,” katanya.

Terdahulu, SPRM pada 2 September lalu dilaporkan membuka enam kertas siasatan baharu berhubung dakwaan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah membabitkan Felda serta anak syarikatnya, Felda Investment Corporation Sdn. Bhd. (FIC).

Siasatan menerusi Ops Fella itu dibuat susulan maklumat diterima SPRM pada 24 Ogos lalu berkaitan pelaksanaan projek dan pelaburan oleh pengurusan Felda serta FIC antara 2010 hingga 2020.

Antara enam perkara yang menjadi fokus siasatan ialah dakwaan penyelewengan dalam pembangunan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI