IPOH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) berharap langkah mitigasi yang akan diputuskan kerajaan berhubung kenaikan bil elektrik ketika ini dapat memberi kelegaan kepada rakyat yang terkesan.
Ketuanya, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, AMK mengalu-alukan tindakan kerajaan yang mengambil serius terhadap keluhan pengguna dengan mengadakan perbincangan khusus bagi menilai semula mekanisme semasa berkaitan kadar bil elektrik.
Beliau berkata, tindakan susulan yang sedang diambil diharap dapat meringankan beban pengguna, khususnya mereka yang berdepan peningkatan bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak kebelakangan ini. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





