Kerajaan kaji pelaksanaan hukuman sebatan mandatori

IPOH – Kerajaan sedang menjalankan kajian bagi menambah baik pelaksanaan hukuman sebatan mandatori di negara ini dengan mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak berkepentingan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran berkata, kajian berkenaan antara lain meneliti keberkesanan hukuman tersebut serta cadangan berkaitan pelaksanaannya pada masa hadapan.

Katanya, tiga sesi mesyuarat sudah diadakan bersama pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kementerian berkaitan bagi mendapatkan pandangan sebelum sebarang keputusan dibuat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran pada sidang media Program Sumbangan Prihatin Hari Malaysia anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Lions Club of Ipoh serta Ipoh City Watch (ICW) di Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 SEPTEMBER 2026.

“Jika tidak salah saya, lebih kurang 100 buah negara yang sudah tidak ada lagi hukuman sebatan mandatori dan sebagainya. Soalan yang ditanya oleh masyarakat adalah adakah hukuman itu efektif?

“Jadi, itu yang kita perlu buat kajian dan selepas itu membuat keputusan,” katanya kepada pemberita selepas Program Sumbangan Prihatin Hari Malaysia anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Lions Club of Ipoh serta Ipoh City Watch (ICW), di sini, pada Khamis.

hukuman sebatan mandatori Keyphrase synonyms: hukuman sebatan, sebatan mandatori, pelaksanaan sebatan mandatori, hukuman sebat mandatori, hukuman sebat Related keyphrases (5): kerajaan kaji hukuman sebatan hukuman sebatan mandatori Malaysia kajian hukuman sebatan Kulasegaran hukuman sebatan pemansuhan hukuman sebatan mandatori
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran berucap pada Program Sumbangan Prihatin Hari Malaysia anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Lions Club of Ipoh serta Ipoh City Watch (ICW) di Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 SEPTEMBER 2026.

Pada program, Kulasegaran yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur menyampaikan pek bantuan makanan kering kepada 100 orang penerima dalam kalangan kurang berkemampuan dari kawasan sekitar.

Mengulas lanjut beliau berkata, perbincangan mengenai perkara itu sudah berlangsung sejak lima bulan lalu, namun kerajaan belum menetapkan tempoh khusus untuk memuktamadkan kajian berkenaan.

Bagaimanapun ujar Kulasegaran, beliau berharap keseluruhan proses tersebut dapat dirumuskan menjelang akhir tahun ini.

“Kita tidak tahu lagi (sama ada hukuman sebatan sebatan mandatori akan dimansuhkan terus atau tidak) kerana kita ada menerima pelbagai cadangan.

“Ada yang mencadangkan supaya dimansuhkan dan ada yang mencadangkan supaya dikekalkan (namun ada penambahbaikkan).

“Kita juga perlu mendapatkan pandangan daripada pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) serta mereka yang sedang atau sudah menjalani hukuman tersebut,” katanya lagi.

hukuman sebatan mandatori Keyphrase synonyms: hukuman sebatan, sebatan mandatori, pelaksanaan sebatan mandatori, hukuman sebat mandatori, hukuman sebat Related keyphrases (5): kerajaan kaji hukuman sebatan hukuman sebatan mandatori Malaysia kajian hukuman sebatan Kulasegaran hukuman sebatan pemansuhan hukuman sebatan mandatori
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran menyampaikan sumbangan komputer riba pada Program Sumbangan Prihatin Hari Malaysia anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Lions Club of Ipoh serta Ipoh City Watch (ICW) di Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 SEPTEMBER 2026.

Menurut Kulasegaran, selain mendapatkan pandangan pihak berkaitan beliau bersama pasukan turut mengadakan lawatan ke penjara bagi melihat sendiri proses pelaksanaan hukuman sebat.

Dalam masa sama jelas beliau, kerajaan turut meneliti aspek kapasiti mental individu yang dikenakan hukuman, termasuk kemungkinan mekanisme lain bagi mengendalikan kes membabitkan mereka yang mempunyai masalah berkaitan keupayaan mental.

“Kita sedang melihat semua ini dari sudut kebaikan dan keburukan. Ia juga berkaitan dengan bagaimana negara-negara lain telah menghapuskan hukuman sebegini dan mengapa mereka berbuat demikian,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pemandu lori dipenjara lima tahun, empat sebatan kes rogol rakan silat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI