Tiada peningkatan penyakit berkaitan jerebu di Perak – Exco

IPOH – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak melaksanakan pemantauan penyakit berkaitan jerebu sepanjang tahun bagi memastikan keadaan kesihatan awam sentiasa dipantau.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A Sivanesan berkata, sehingga Minggu Epidemilogi ke-34, tiada peningkatan kes penyakit berkaitan jerebu dilaporkan meskipun negeri ini berdepan keadaan jerebu sejak 8 Ogos lalu.

Menurutnya, bagaimanapun individu yang mengalami penyakit berkaitan jerebu kebanyakkannya mendapatkan rawatan di klinik swasta.

“Surveillance (Pemantauan) epidemiologi penyakit akibat jerebu dilaksanakan sepanjang tahun di semua peringkat pelaksanaan iaitu kebangsaan, negeri dan daerah.

”Fasiliti sentinel jerebu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terdiri daripada hospital dan klinik kesihatan terpilih berdasarkan lokasi sistem pemantauan kualiti udara.

Tiada peningkatan penyakit berkaitan jerebu di Perak - Exco
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A. Sivanesan pada sidang media ketika meninjau lokasi insiden bongkah batu yang menghempap sebuah lori hingga mengorbankan pemandunya di sebuah kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 18 SEPTEMBER 2026.

“Antara fasiliti berkenaan di Perak ialah Hospital Raja Permaisuri Bainun, Klinik Kesihatan Simee, Klinik Kesihatan Menglembu, Klinik Kesihatan Kamunting, Klinik Kesihatan Sitiawan dan Klinik Kesihatan Tanjung Malim,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke tapak kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai di sini hari ini.

Sivanesan berkata, setakat ini bekalan ubat asma, aerochamber dan nebuliser sebagai kesiapsiagaan untuk menghadapi jerebu di Perak adalah mencukupi.

Sementara itu, beliau berkata, bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di lima stesen pemantauan kualiti udara di Perak berada pada tahap sederhana semalam.

Katanya, bacaan tersebut ialah di Seri Manjung (180), Tanjung Malim (154), Taiping (156), Tasek, Ipoh (185) dan Pegoh, Ipoh (160). – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Ibu bapa perlu maklum sekolah jika anak tidak hadir ketika jerebu – Kah Woh

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI