GERIK – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) komited memastikan koperasi masyarakat Orang Asli tidak terus kekal pada skala mikro, sebaliknya diperkasa sehingga mampu berkembang dan bersaing dengan koperasi lebih besar.
Bercakap kepada Malaysia Gazette (MG) Perak, Pengerusi SKM, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal berkata, usaha memperkukuh koperasi Orang Asli merupakan antara keutamaan agensi itu bagi tempoh 2026 hingga 2027.
Menurut beliau, koperasi Orang Asli perlu dibimbing secara berterusan menerusi pelbagai bentuk sokongan termasuk kursus, bengkel, geran dan pinjaman supaya mampu meningkatkan kapasiti serta mengembangkan aktiviti ekonomi. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





