SMCI hospital pertama Asia Tenggara tubuh Pusat Kecemerlangan Rawatan HIFU Prostat

IPOH – Sunway Medical Centre Ipoh (SMCI) menjadi hospital pertama di Asia Tenggara yang menempatkan Pusat Kecemerlangan Rawatan High Intensity Focused Ultrasound (HIFU) Prostat menerusi penggunaan teknologi Sonablate HIFU bernilai RM4 juta.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A Sivanesan berkata, penubuhan pusat berkenaan memperkukuh perkhidmatan urologi komprehensif yang disediakan hospital berkenaan.

Menurutnya, kemudahan itu turut memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada teknologi rawatan terkini berhampiran tempat tinggal mereka tanpa perlu ke luar Perak untuk mendapatkan rawatan khusus.

“Peralatan bernilai RM4 juta itu adalah yang pertama seumpamanya di ASEAN dan wajar dipertimbangkan untuk diperluaskan ke hospital kerajaan.

“Saya berharap selepas ini kerajaan Persekutuan mempertimbangkan sekurang-kurangnya dapat membekalkan satu atau dua unit (alat tersebut) sebagai permulaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Kecemerlangan Rawatan HIFU Prostat di SMCI di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi SMCI, Jennifer Soon Mei Ling; Presiden Persatuan Prostat Asia Pasifik (APPS), Profesor Shoji Sunao dan Naib Presiden (Hal Ehwal dan Operasi Klinikal) Sonablate Corporation, David Quigley dan Pakar Urologi SMCI, Dr L Sivaneswaran.

HIFU adalah teknologi rawatan invasif minimum yang menggunakan tenaga gelombang ultrabunyi berfokus untuk menyasarkan tisu prostat terpilih secara tepat tanpa memerlukan pembedahan konvensional atau rawatan radiasi.

Teknologi berkenaan dijangka memberi pilihan rawatan tambahan kepada pesakit selain memperkukuh keupayaan perkhidmatan urologi di Perak. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin rasmi bangunan Pusat Perubatan Sunway Ipoh

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI