Pengusaha kedai runcit warga Pakistan ditahan, rokok seludup RM36,000 dirampas

TANJUNG MALIM – Polis menahan seorang lelaki warga Pakistan selepas dipercayai memiliki 100 karton rokok yang disyaki tidak bercukai bernilai RM36,000 di Jalan Douglas, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Khalid Mohamad berkata, suspek berusia 48 tahun yang merupakan pemastautin tetap di Malaysia itu ditahan ketika sepasukan anggota Cawangan Risik/Task Force Batalion 3 Bidor menjalankan Op Taring Alpha 1 sekitar jam 1 petang.

Menurutnya, pasukan berkenaan mengesan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Harrier berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan sebelum menjalankan pemeriksaan terhadap kenderaan terbabit.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua kotak besar berwarna coklat di bahagian ruang simpanan barang belakang kenderaan berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua kotak tersebut mengandungi 100 karton rokok yang dipercayai rokok seludup serta tidak mempunyai setem cukai kastam yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khalid berkata, suspek yang bekerja sebagai pengusaha kedai runcit di Kangar, Perlis itu kemudian ditahan bagi membantu siasatan.

“Selain rokok, polis turut merampas sebuah Toyota Harrier bersama satu unit kunci alat kawalan jauh kenderaan untuk tujuan siasatan.

“Susulan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” ujarnya.

Beliau berkata, kesemua barang rampasan akan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan analisis. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Polis Manjung lupus barang kes judi, bitcoin, seludup rokok bernilai RM2.95 juta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI