IPOH – Kerajaan Perak berharap projek pemindahan air dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah di daerah Kerian diberi tumpuan Kerajaan Persekutuan menerusi Belanjawan 2027 yang dijadualkan dibentangkan pada 9 Oktober ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, peruntukan bagi pembinaan infrastruktur asas projek itu penting bagi membolehkan pelaksanaan pemindahan air berkenaan dimulakan tahun depan.
Katanya, kos bagi penyediaan infrastruktur projek berkenaan dianggarkan bernilai sehingga RM2 bilion, tidak termasuk kos pembinaan loji rawatan air, dengan ia dijangka boleh berfungsi pada tahun 2030 sekiranya dapat dilaksanakan mengikut jadual. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





