JIM tahan 37,313 PATI dalam 10,374 operasi – Saifuddin

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terus melaksanakan operasi penguatkuasaan setiap hari bagi menangani isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di seluruh negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebanyak 10,374 operasi penguatkuasaan dilaksanakan JIM bagi tempoh 1 Januari hingga 29 September 2026.

Menurutnya, operasi berkenaan menyaksikan 137,603 individu diperiksa dan 37,313 PATI ditangkap.

“Sebanyak 1,809 majikan turut ditangkap, dengan majoriti besar iaitu 1,692 daripadanya merupakan warganegara Malaysia yang bersubahat menggaji dan melindungi PATI,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Saifuddin berkata, tindakan penguatkuasaan tidak hanya tertumpu kepada PATI, sebaliknya turut menyasarkan pihak yang menggaji dan melindungi mereka.

Beliau berkata, jumlah tangkapan majikan meningkat daripada 346 pada 2023 kepada 1,859 pada 2024 dan 2,202 pada 2025, manakala 1,809 direkodkan sehingga September tahun ini.

Menurutnya, KDN bersama JIM akan meneruskan operasi penguatkuasaan harian tanpa mengira pihak yang terlibat bagi memelihara kedaulatan dan keselamatan negara.

Dalam pada itu, Saifuddin mengingatkan warga asing supaya mematuhi saluran undang-undang yang sah untuk bekerja atau berkunjung ke Malaysia.

Beliau turut memberi amaran kepada majikan supaya tidak menggaji atau melindungi PATI kerana tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang terlibat.

Saifuddin berkata, rakyat Malaysia juga diminta tidak melindungi PATI dan membantu pihak berkuasa menangani isu berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI