Dewan Masjid Solatiah di Rapat Setia terbakar

IPOH – Dewan Masjid Solatiah di Taman Rapat Setia Baru di sini terbakar dalam kejadian pada petang Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.34 petang.

Menurutnya, jentera bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 5.43 petang dengan kekuatan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh serta BBP Simpang Pulai.

“Kebakaran melibatkan bahagian dewan masjid kelas A berkeluasan 50 kaki x 30 kaki dengan kemusnahan dianggarkan 40 peratus.

Dewan Masjid Solatiah di Rapat Setia terbakar
Anggota bomba menjalankan kerja-kerja pemadaman di dewan Masjid Solatiah di Taman Rapat Setia Baru, Ipoh petang tadi. Foto JBPM Perak

“Kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, ketua operasi melakukan penilaian situasi sebelum mengaplikasikan konsep RECEO bagi memastikan operasi pemadaman dilaksanakan secara teratur dan berkesan.

Katanya, anggota kemudian menjalankan kerja-kerja pemadaman menggunakan bekalan air daripada tangki jentera sehingga kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan operasi tamat jam 7 malam. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Hutan FRIM Bidor terbakar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI