Hutan FRIM Bidor terbakar

TANJUNG MALIM – Kawasan hutan seluas kira-kira 2.428 hektar di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Bidor dekat sini, terbakar dalam kejadian petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kebakaran yang berlaku secara bertompok-tompok itu melibatkan sebahagian kawasan hutan di institut berkenaan.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.42 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor segera digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman.

“Operasi pemadaman dilakukan dengan menggunakan satu aliran sepanjang 213.3 meter dengan dua pancutan, selain pam angkut yang mengambil sumber air dari kolam berhampiran.

“Kebakaran telah berjaya dikawal dan hanya berbaki 15 peratus daripada keseluruhan kawasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi pemadaman dihentikan sementara pada jam 12 tengah malam atas faktor keselamatan anggota, selain keadaan kebakaran didapati tidak berisiko untuk merebak.

“Operasi pemadaman kemudiannya disambung semula pada pagi ini,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Dua cedera dalam kemalangan jalan raya lori muatan sayur terbakar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI