Ahmad Zahid bersama 300 jemaah sertai Rehlah Perdana Bulan Kesiapsiagaan Nasional

IPOH – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama kira-kira 300 jemaah hadir ke Rehlah Perdana bersempena dengan Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026 di Masjid Sultan Azlan Shah di sini, pada Ahad.

Hadir sama; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Meor Ismail Meor Akim; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; serta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim.

Rehlah Perdana bermula dengan solat Maghrib berjemaah sebelum disusuli dengan majlis bacaan surah Yasin, tahlil zikir munajat dan selawat yang dipimpin Imam Utama, Syed Mohd Muzzaffar Syed Azlan.

Rehlah Perdana Bulan Kesiapsiagaan Nasional Keyphrase synonyms: Rehlah Perdana 2026, Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026, Rehlah Perdana NADMA, program kesiapsiagaan bencana Related keyphrases (5): Ahmad Zahid Hamidi Rehlah Perdana di Ipoh Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026 NADMA Malaysia Monsun Timur Laut 2026

Sekitar majlis Rehlah Perdana sempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026 di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, pada Ahad. Foto: Aniq Nabilafiq Anuar

Majlis anjuran NADMA itu kemudian diteruskan dengan solat Isyak berjemaah dan majlis jamuan makan.

Rehlah Perdana Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026 dianjurkan sebagai memohon keselamatan serta kesejahteraan rakyat dan negara agar dihindarkan daripada sebarang musibah terutama menjelang tempoh Monsun Timur Laut (MTL).

Rehlah Perdana Bulan monsun timur laut Kesiapsiagaan Nasional Keyphrase synonyms: Rehlah Perdana 2026, Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026, Rehlah Perdana NADMA, program kesiapsiagaan bencana Related keyphrases (5): Ahmad Zahid Hamidi Rehlah Perdana di Ipoh Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026 NADMA Malaysia Monsun Timur Laut 2026
Sekitar majlis Rehlah Perdana sempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026 di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, pada Ahad. Foto: Aniq Nabilafiq Anuar

Penganjuran majlis kali kedua selepas ia diadakan di Raub, Pahang pada tahun lalu itu antara lain menggabungkan elemen kesiapsiagaan dan ikhtiar dalam menghadapi kemungkinan bencana, selain mengingatkan kesedaran masyarakat bahawa persediaan perlu dilakukan lebih awal.

Terdahulu siang tadi, Ahmad Zahid menyempurnakan Majlis Peluncuran Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026 bertemakan ‘MADANI Siaga, Tanggungjawab Bersama’ di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), di sini. – MG PERAK

 

Artikel Berkaitan:

Kesiapsiagaan bencana perlu jadi budaya berterusan – TPM

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI