Dua beradik maut dalam kebakaran rumah di Sitiawan

BERUAS – Dua beradik perempuan masing-masing berusia 18 dan 15 tahun maut dalam kejadian kebakaran membabitkan dua rumah berkembar di Kampung Koh, Sitiawan, di sini, pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.01 pagi sebelum jentera tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

Menurutnya, kedua-dua mangsa ditemukan selepas terperangkap di dalam rumah yang terbakar berkenaan.

kebakaran rumah di Sitiawan dua beradik maut kebakaran, kebakaran di Kampung Koh Sitiawan, kebakaran rumah di Kampung Koh, kebakaran maut di Sitiawan dua beradik perempuan maut dalam kebakaran kebakaran rumah di Sitiawan hari ini kebakaran Kampung Koh Sitiawan JBPM Perak kebakaran Sitiawan punca kebakaran rumah di Sitiawan
Dua beradik perempuan masing-masing berusia 18 dan 15 tahun maut dalam kejadian kebakaran membabitkan dua rumah berkembar di Kampung Koh, Sitiawan, pada Jumaat. Foto JBPM Perak

“Kebakaran melibatkan dua rumah berkembar dua tingkat jenis kelas C yang musnah hampir 90 peratus,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kebakaran itu turut melibatkan empat kenderaan iaitu dua kereta Proton Saga, sebuah Proton Perdana serta sebuah motosikal.

Ujar Sayani lagi, operasi pemadaman melibatkan 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan, BBP Seri Manjung serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pantai Remis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berada di lokasi kejadian kebakaran rumah di Sitiawan. Foto JBPM Perak

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.30 pagi, manakala kerja-kerja pemeriksaan dan pemantauan di lokasi diteruskan.

“Pasukan khas Unit Anjing Pengesan (K9) turut dihubungi bagi membantu siasatan berhubung punca kejadian,” katanya lagi.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk tindakan lanjut.

Operasi diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Abdul Hafiz Abu Hassan. – MG PERAK

 

Artikel Berkaitan:

Pasangan warga emas, cucu maut dalam kebakaran rumah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI