MGPerak: Perak Tambah Penerima Bantuan Makanan Mahasiswa Kepada 1,000 Orang

51

Seramai 1,000 mahasiswa anak Perak menerima bantuan makanan RM200 sebulan menerusi Program Mahasiswa Perak Sejahtera (MPS) 2030 tahun ini, meningkat daripada 600 penerima pada tahun lalu.

Inisiatif yang digerakkan Yayasan Bina Upaya (YBU) menerusi Program Mahasiswa Perak Sejahtera (MPS) 2030 itu melibatkan lima kampus institusi pengajian tinggi (IPT) dengan penyediaan peruntukan lebih RM2.2 juta.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, peningkatan itu susulan peluasan program yang diperkenalkan sejak empat tahun lalu bagi membantu mahasiswa daripada keluarga berpendapatan rendah menampung keperluan makanan sepanjang pengajian. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #ProgramMahasiswaPerakSejahtera2030

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak