Perak tambah penerima bantuan makanan mahasiswa kepada 1,000 orang

KUALA KANGSAR – Seramai 1,000 mahasiswa anak Perak menerima bantuan makanan RM200 sebulan menerusi Program Mahasiswa Perak Sejahtera (MPS) 2030 tahun ini, meningkat daripada 600 penerima pada tahun lalu.

Inisiatif yang digerakkan Yayasan Bina Upaya (YBU) menerusi Program Mahasiswa Perak Sejahtera (MPS) 2030 itu melibatkan lima kampus institusi pengajian tinggi (IPT) dengan penyediaan peruntukan lebih RM2.2 juta.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, peningkatan itu susulan peluasan program yang diperkenalkan sejak empat tahun lalu bagi membantu mahasiswa daripada keluarga berpendapatan rendah menampung keperluan makanan sepanjang pengajian.

bantuan makanan mahasiswa Perak bantuan makanan pelajar IPT Perak, bantuan sara hidup mahasiswa Perak, elaun makanan mahasiswa Perak, bantuan kebajikan mahasiswa anak Perak Program Mahasiswa Perak Sejahtera 2030 bantuan mahasiswa Perak RM200 sebulan 1,000 mahasiswa terima bantuan makanan bantuan mahasiswa keluarga berpendapatan rendah Yayasan Bina Upaya Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Majlis Perasmian Program Mahasiswa Perak Sejahtera (MPS) 2030 Tahun 2026 di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 OKTOBER 2026.

“Pada 2022, kita mulakan dengan 200 orang mahasiswa di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) sebagai projek perintis dan kita berjanji untuk menambah penerima setiap tahun jika mempunyai peruntukan.

“Alhamdulillah, tahun ini kita sudah mencapai sekurang-kurangnya 1,000 mahasiswa di negeri Perak yang menerima bantuan ini,” katanya ketika berucap pada Program Mahasiswa Perak Sejahtera (MPS) 2030 Tahun 2026 di USAS, di sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah serta Timbalan Naib Canselor Akademik Dan Penyelidikan USAS, Prof Dr Shamsul Jamili Yeob.

Mahasiswa yang hadir pada Majlis Perasmian Program Mahasiswa Perak Sejahtera (MPS) 2030 Tahun 2026 di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 OKTOBER 2026.

Lima kampus yang terlibat pada inisiatif MPS 2030 ialah USAS, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar, Universiti Teknologi Petronas (UTP), UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah serta Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Setiap kampus melibatkan 200 penerima yang menerima elaun makanan RM200 sebulan, dengan keutamaan diberikan kepada mahasiswa anak Perak daripada keluarga berpendapatan RM1,500 sebulan dan ke bawah serta golongan asnaf.

Mengulas lanjut Saarani berkata, kebajikan mahasiswa perlu diberikan perhatian kerana terdapat golongan itu yang terpaksa berjimat dalam perbelanjaan harian meskipun mereka sepatutnya dapat menumpukan perhatian terhadap pengajian.

bantuan makanan mahasiswa Perak bantuan makanan pelajar IPT Perak, bantuan sara hidup mahasiswa Perak, elaun makanan mahasiswa Perak, bantuan kebajikan mahasiswa anak Perak Program Mahasiswa Perak Sejahtera 2030 bantuan mahasiswa Perak RM200 sebulan 1,000 mahasiswa terima bantuan makanan bantuan mahasiswa keluarga berpendapatan rendah Yayasan Bina Upaya Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan cek cura kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak Kampus Tapah pada Majlis Perasmian Program Mahasiswa Perak Sejahtera (MPS) 2030 Tahun 2026 di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 OKTOBER 2026.

“Kita mahu mahasiswa menggunakan bantuan itu untuk keperluan makan dan minum supaya mereka tidak perlu runsing mencari wang untuk makan, sebaliknya dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran.

“Mudah-mudahan bantuan ini dapat membina diri mereka, membantu mencapai kecemerlangan dan seterusnya membuka jalan kepada kejayaan,” katanya lagi.

Sementara itu, Khairudin berkata, usaha MPS 2030 itu turut menyokong aspirasi kerajaan negeri menangani tiga isu saling berkaitan, iaitu kemiskinan, pemakanan tidak sihat dan pengangguran.

“Elaun bulanan berkenaan disalurkan ke dalam dompet elektronik atau e-dompet mahasiswa untuk digunakan di kios terpilih mengikut kampus masing-masing,” ujarnya. – MG PERAK

 

Artikel Berkaitan:

Belanjawan 2027: PM beri bayangan berita gembira buat mahasiswa

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI