MGPerak: ‘Little India’ Lokasi Tandas Awam Ke 12,000 Di Bawah Kerajaan Madani

85

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Kerajaan Madani berjaya menaik taraf kemudahan tandas awam di seluruh negara berkonsepkan bersih, menawan dan wangi (BMW), dengan Little India di sini menjadi lokasi ke-12,000.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, kemudahan tandas awam itu siap sepenuhnya hasil peruntukan RM200,000 yang diumumkannya ketika mengadakan lawatan ke kawasan berkenaan tahun lalu.

Menurutnya, kemudahan tandas awam berkenaan dapat memberikan keselesaan kepada pelancong, penduduk setempat dan pengunjung yang menghadiri pelbagai aktiviti kebudayaan sempena sambutan Deepavali. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #LittleIndia #KPKT #tandasawam

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini