Kerajaan Negeri Perak menyasarkan kehadiran kira-kira 20,000 pengunjung pelbagai kaum sempena Majlis Sambutan Deepavali 2026 Peringkat Negeri Perak yang akan berlangsung di Stadium Indera Mulia, di sini, pada 14 November ini.
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A Sivanesan berkata, majlis rumah terbuka itu akan bermula jam 2 petang.
Menurutnya, penganjuran majlis berkenaan mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan semua kaum mendapat perhatian sewajarnya, selain mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Perak. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #Deepavali2026





