Dakwaan rakyat tempatan malas, tak mahu bekerja tak tepat – Johari

KUALA LUMPUR – Dakwaan rakyat tempatan malas atau tidak mahu bekerja juga tidak tepat kerana kira-kira 100,000 orang menyeberang ke Singapura setiap pagi untuk bekerja.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, mereka termasuk pemegang diploma, ijazah dan sarjana yang sanggup melakukan pekerjaan hampir sama dengan pekerjaan di kilang dalam negara kerana nilai ekonomi yang diperoleh.

“Kenapa dia ambil kerja itu? Walaupun dia buat kerja itu lebih kurang kerja yang kita nak buat dalam kilang-kilang kita tetapi sebab dia ada nilai ekonomi.

“Kalau pekerjaan ini tidak memberikan nilai ekonomi kepada mereka, mereka tidak akan ambil.

“Ramai rakyat tempatan turut memilih melakukan pekerjaan menerusi platform Grab kerana pekerjaan itu memberikan nilai ekonomi kepada mereka,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau menjawab soalan tambahan Tan Hong Pin (PH-Bakri) mengenai kesediaan kementerian memberikan kelonggaran pengambilan pekerja asing berdasarkan keperluan industri yang sudah melaksanakan automasi tetapi masih memerlukan buruh kasar.

Mengulas lanjut, Johari berkata, kebergantungan syarikat yang sudah lama beroperasi di negara ini terhadap pekerja asing merupakan masalah kritikal yang perlu diuruskan.

Katanya, terdapat kira-kira 400,000 lepasan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang mahu diberi ruang untuk mengisi keperluan pekerjaan, namun syarikat yang sudah beroperasi antara 10 hingga 20 tahun masih mahukan pekerja asing.

“Negara kini mempunyai 2.6 juta pekerja asing tidak termasuk mereka yang berada di negara ini secara tidak sah.

“Penggunaan pekerja asing perlu ditumpukan kepada pekerjaan berbahaya, sukar dan kotor atau 3D,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI