MGPerak: Banjir Perak: Tiada Sekolah Ditutup Setakat Ini, Persediaan SPM Dipantau

2

GOPENG – Kerajaan Negeri Perak memaklumkan bahawa setakat ini tiada sekolah yang ditutup atau terjejas susulan kejadian banjir yang melanda beberapa daerah di negeri ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, perhatian khusus akan diberikan kepada sekolah yang dikenal pasti berisiko dilanda banjir sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berlangsung dari 23 November hingga 17 Disember ini. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini