Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi meletakkan sasaran untuk kembali menaiki podium pada Kejohanan Olahraga Asia di China sebagai langkah membina momentum menjelang beberapa kejohanan utama tahun depan.
Anak kelahiran Teluk Intan berusia 22 tahun itu berkata, kejohanan yang dijadual berlangsung pada Mei tahun depan menjadi pentas terbaik buat dirinya untuk kembali membuktikan kemampuan selepas terpaksa berehat akibat kecederaan. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #KejohananOlahragaAsia2027 #AzeemFahmi





