Kerajaan Negeri Perak komited memperkasa potensi ekonomi biru di sepanjang Lembangan Sungai Perak, khususnya di kawasan Kuala Kangsar dan Manong, menerusi perancangan pembangunan strategik yang mengimbangi pertumbuhan ekonomi dengan kelestarian ekosistem sungai.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pembangunan berasaskan sumber sungai itu dilaksanakan secara terancang dengan mengambil kira potensi setempat serta kepentingan Sungai Perak sebagai sumber air mentah utama negeri.
Menurutnya, pelbagai inisiatif telah dirangka menerusi Hala Tuju Ekonomi Biru Negeri Perak dan Draf Rancangan Struktur Negeri (DRSN) Perak 2040 (Kajian Semula) bagi memastikan pembangunan sektor perikanan, pelancongan dan aktiviti ekonomi berkaitan dapat dilaksanakan secara mampan. – MGPerak
#MGPerak #MBPerak #SaaraniMohamad #BelanjawanPerak2027 #PerakSejahtera2030





