MGPerak: Perak Peruntuk RM4 8 Juta Perkasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat

39

IPOH – Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan RM4.8 juta bagi tahun 2027 untuk memperkasa pembangunan wanita, kebajikan masyarakat serta meningkatkan kesejahteraan golongan rentan di negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, peruntukan itu disalurkan kepada Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) manakala RM1.85 juta disediakan khusus bagi pelaksanaan beberapa program pembangunan dan kebajikan.

Menurutnya, peruntukan berkenaan merangkumi RM850,000 bagi Program Pendayaupayaan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, RM500,000 untuk Program Pembangunan dan Kebajikan Kanak-kanak dan Anak Yatim serta RM500,000 bagi kerja-kerja menaik taraf rumah kebajikan kanak-kanak dan anak yatim. – MGPerak

#MGPerak #MBPerak #SaaraniMohamad #BelanjawanPerak2027 #PerakSejahtera2030

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini