RM4.2 juta perkukuh usaha tarik pelaburan domestik, antarabangsa

IPOH – Kerajaan Negeri memperuntukkan RM4.2 juta bagi memperkukuh usaha menarik dan merealisasikan
pelaburan domestik serta antarabangsa melalui Belanjawan Perak 2027.

Menteri Besar, Saarani Mohamad berkata, dalam persaingan menarik pelaburan, Perak perlu menawarkan lebih daripada lokasi yang strategik dan potensi ekonomi yang besar.

“Pelabur memerlukan keyakinan bahawa keputusan dapat dibuat, infrastruktur dapat disediakan dan projek yang dirancang mampu dilaksanakan mengikut ketetapan.

“Bagi memperkukuh usaha menarik dan merealisasikan pelaburan domestik serta antarabangsa, Kerajaan Negeri menyediakan RM1 juta bagi pelbagai program luar negara dan RM3.2 juta bagi memperkukuh fungsi Perak Investment Management Centre (Invest Perak),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Pembentangan Belanjawan Perak 2027 pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Keempat, Dewan Negeri Perak Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Selasa.

Menurut Saarani usaha ini akan terus memberikan tumpuan kepada lima nod pertumbuhan strategik negeri, iaitu Lembah Teknologi Automotif Tinggi (AHTV), Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC), Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), Silver Valley Technology Park (SVTP) Perak Halal Industrial Park (HIP).

“Masing-masing aka membuka ruang pembangunan dalam industri automotif, maritim, teknologi hijau, teknologi
bernilai tinggi serta industri halal,” katanya. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI