IPOH – Kerajaan Negeri Perak amat cakna dengan memberikan keutamaan kepada usaha meringankan beban kos sara hidup, khususnya bagi penduduk yang berpendapatan rendah di negeri ini.
Justeru, kerajaan negeri mengambil inisiatif menjalankan kajian sosial bagi meneliti keresahan rakyat hari ini menemukan satu kebimbangan yang sama, iaitu peningkatan kos sara hidup.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, menerusi Titik Sentuhan Pertama di bawah Sentuhan Perak Sejahtera pelbagai peruntukan disediakan bagi membantu meringankan masalah tersebut antaranya dengan meningkatkan penerima Program Kad Perak Sejahtera daripada 21,000 kepada 22,000 orang melibatkan RM26 juta. – MGPerak
#MGPerak #MBPerak #SaaraniMohamad #BelanjawanPerak2027 #PerakSejahtera2030





