Naik taraf Stadium Perak berbaki dua peratus

IPOH – Kerja menaik taraf Stadium Perak kini mencapai 98 peratus dengan baki dua peratus lagi tertumpu kepada proses penyempurnaan dan memastikan keadaan padang mencapai tahap optimum sebelum dibuka untuk kegunaan.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, baki kerja itu penting bagi memastikan rumput baharu mempunyai ketebalan, kepadatan serta kekuatan akar yang mencukupi.
Menurutnya, kerja penanaman rumput di stadium berkenaan sudah selesai sepenuhnya pada 1 Julai lalu, namun beberapa proses penyelenggaraan masih perlu dilaksanakan sebelum padang benar-benar sedia digunakan.
“Yang pertama untuk kita pastikan rumput itu mencapai ketebalan dan juga kepadatan optimum. Kemudian kita juga hendak selesaikan masalah rumput-rumput yang belum lagi bercantum antara satu sama lain selepas proses penanaman.
“Kemudian kita juga mahu meneruskan berkaitan dengan top dressing dan juga pembetulan aras supaya rumput ini ada ketinggian yang sesuai. Contohnya kalau ikut penyempurnaan pemontongan ketinggian rumput itu mesti 18 hingga 20 mm,” katanya.
Gambar Fail: Stadium Perak, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 JUN 2024.
Beliau berkata demikian Ketika menjawab soalan tambahan Dr. Mohamad Yusri Bakir (BN – Ayer Kuning) pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Keempat, Dewan Negeri Perak Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Khamis.
Beliau berkata, pihak berkaitan turut memberi perhatian kepada sistem saliran bagi memastikan tiada takungan air di kawasan padang terutama selepas hujan lebat.
Tambah Khairudin ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya takungan air di atas rumput sekiranya berlaku hujan lebat dan itu merupakan antara perkara yang sedang dilaksanakan khususnya daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
“Kerana itu kita tidak mahu kita beri ruang dan peluang kepada pihak tertentu untuk menggunakan stadium itu terlalu awal kerana kita mahu pastikan dari segi ketebalan rumput, kekuatan akar dan kestabilan permukaan itu sesuai.
“Kita harapkan ianya (Stadium Perak) dapat digunakan pada tahun hadapan,” katanya.
Untuk rekod, projek naik taraf Stadium Perak melibatkan peruntukan keseluruhan RM842,000, dengan RM500,000 disalurkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), manakala bakinya ditanggung MBI. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI