‘Perak Pawsitive Initiative’ mandulkan 1,504 haiwan, lepasi sasaran

IPOH – Sebanyak 847 ekor anjing dan 657 ekor kucing telah dimandulkan menerusi program Perak Pawsitive Initiative, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,504 ekor haiwan melepasi sasaran tahunan sebanyak 1,000 ekor haiwan.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Datuk Sandrea Ng Shy Ching berkata, kejayaan ini hasil peluasan program serta kerjasama erat antara kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), doktor veterinar dan komuniti setempat.

Menurutnya, selain peningkatan jumlah haiwan yang dimandulkan, tahun 2026 juga menyaksikan peluasan pelaksanaan Perak Pawsitive Initiative ke lebih banyak daerah di negeri ini.

“Pada peringkat awal pelaksanaan, dengan kapasiti dan sumber yang agak terhad, kebanyakan program kita tertumpu di sekitar Ipoh dan daerah Kampar.

Perak Pawsitive Initiative mandulkan 1,504 haiwan, berjaya lepasi sasaran tahunan
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Datuk Sandrea Ng Shy Ching pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Keempat, Dewan Negeri Perak Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 26 NOVEMBER 2026.

“Namun, dengan penyertaan lebih banyak NGO, pembentukan pasukan doktor veterinar tempatan serta sokongan dan komitmen daripada PBT, pada tahun ini kita telah dapat memperluas pelaksanaan program ke tujuh kawasan PBT.

“Tujuh PBT tersebut ialah, Majlis Bandaraya Ipoh; Majlis Daerah Kampar; Majlis Perbandaran Taiping; Majlis Daerah Kerian; Majlis Daerah Batu Gajah; Majlis Daerah Tanjong Malim; dan Majlis Perbandaran Teluk Intan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Wong Chai Yi (PH-Simpang Pulai) pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, Khamis.

Sandrea menyatakan bahawa peluasan kawasan program itu amat bermakna kerana peningkatan kapasiti dan pengukuhan rangkaian kerjasama membolehkan program tersebut menjangkau lebih banyak komuniti di seluruh negeri. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak Pawsitive Initiative berjaya mandulkan 2,289 ekor anjing, kucing sejak 2024

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI