Persidangan DUN Perak kecoh apabila ADUN Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad mencetuskan ketegangan susulan kenyataan berunsur tuduhan terhadap bekas Exco Perak serta penggunaan istilah ‘bapa sesumpah’ ketika membahaskan Belanjawan Perak 2027.
Speaker DUN Perak, Datuk Seri Mohammad Zahir Abdul Khalid dua kali meminta beliau menarik balik kenyataan berkenaan dan memohon maaf selepas dibantah beberapa ADUN pembangkang.
Muhamad Arafat kemudian akur dengan arahan Speaker dan bersetuju menarik balik kenyataan serta memohon maaf atas penggunaan istilah berkenaan. – MGPerak
#MalaysiaGazettePerak #MGPerak #SidangDunPerak #PerakSejahtera2030





