Saudin Mohamad tidak menyangka insiden kebakaran pondok di kebun Kampung Air Tarung, Jalan Air Ganda, dekat sini pada Isnin mengorbankan ibu, Rahmah Zainon, 76, dan adiknya Razilawati Mohamad, 43.
Saudin, 76, berkata kejadian kebakaran itu diketahuinya selepas dimaklumkan oleh jiran-jiran dusun sekitar jam 4 pagi tadi.
Katanya, ketika itu dia dan beberapa ahli keluarga lain telah pulang ke rumah di Kuala Ketil, dekat Baling, Kedah, selepas tiga hari bermalam di dusun milik mereka itu.