Polis Kedah tahan individu tunggang motosikal secara berbahaya

ALOR SETAR – Polis menahan sekumpulan individu disyaki menunggang motosikal secara berbahaya, dalam Op Ambang Tahun Baharu 2024 di beberapa lokasi sekitar bandar raya ini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kota Setar yang melakukan intipan, telah mengesan sekumpulan penunggang dan pembonceng motosikal memasuki pusat bandar di sini, pada pukul 1 pagi.

“Kumpulan itu aktif melakukan aksi menunggang secara berbahaya dan menjadikan lokasi itu (pusat bandar) sebagai tempat perlumbaan, hingga mengganggu pengguna jalan raya.

“Pasukan operasi telah ditempatkan di beberapa lokasi sekitar persimpangan lampu isyarat Kepala Batas, sebelum melakukan kepungan secara serentak pada pukul 3.40 pagi dan penunggang gagal meloloskan diri apabila kesemua laluan keluar dikepung rapi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Shukri berkata, dalam operasi tersebut, sebanyak 430 buah motosikal dan 478 individu ditahan untuk tujuan pemeriksaan, manakala sebanyak 70 buah motosikal disita.

Beliau berkata, selain itu sebanyak 340 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas, antaranya tiada lesen memandu dan kesalahan ubah suai kenderaan.

Ahmad Shukri berkata, dalam operasi itu yang ditamatkan pada 10.15 pagi itu, dua individu dikesan positif dadah jenis methamphetamine dan ditahan untuk tindakan lanjut.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI