Ibrahim Darus dilantik Pemangku Timbalan KPN

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ibrahim Darus dilantik sebagai Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman itu bagi menggantikan Tan Sri Ayob Khan yang akan bersara wajib bermula esok selepas 35 tahun berkhidmat dalam ‘Sang Saka Biru’.

Terdahulu, Majlis Serah tugas itu disaksikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalis Ismail yang berlangsung di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

Turut diadakan adalah majlis serah terima tugas Naib Pengerusi PERKEP Malaysia antara Puan Sri Zaleha Mohd Ariffin dan Pengerusi PERKEP Cawangan Khas, Puan Sri Zanilatun Kamariah Zakaria selaku pemangku.

Sebelum ini, Ayob Khan dilantik menjadi Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa 23 Jun 2023 bagi menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang ketika itu dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Negara.

Beliau dilahirkan pada 27 Julai 1966 di Kedah dan mula dikenali ramai ketika menerajui Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas dari tahun 2013 hingga 2019.

Ayob Khan yang berkelulusan Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat dari Universiti Kebangsaan Malaysia pernah menjawat pelbagai jawatan di peringkat negeri dan kontinjen.

Beliau mula menjalani latihan (bersama PDRM) pada 1991 dan memulakan tugas pada tahun 1993.

Ayob Khan juga pernah mengetuai pelbagai operasi penting, termasuk menggagalkan puluhan rancangan serangan militan dan menyiasat kes-kes berprofil tinggi seperti Daesh dan Kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Pada 2020, beliau dilantik sebagai Ketua Polis Johor dan berjaya melumpuhkan beberapa kumpulan terancang termasuk sindiket diketuai oleh Nicky Liow.

Beliau kembali ke Bukit Aman pada 2022 sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) sebelum bertukar sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI