Tikam majikan sampai mati, pekerja direman seminggu

IPOH – Seorang pekerja kedai aksesori telefon bimbit direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes wanita maut ditikam di dada dalam pergaduhan di Taman Rasi Jaya, Menglembu, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 54 tahun itu bermula hari ini sehingga 11 Januari.

Beliau berkata,  siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam pada itu, Yahaya memaklumkan pihaknya juga sudah menerima hasil keputusan bedah siasat mangsa.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati punca kematian adalah disebabkan pendarahan berlebihan akibat luka tikaman di bahagian dada,” katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Jumaat.

Semalam, MG Perak melaporkan, akibat perselisihan faham, seorang pengusaha kedai aksesori telefon bimbit maut ditikam pekerjanya dalam kejadian pergaduhan di hadapan sebuah kedai serbaneka di Taman Rasi Jaya, Menglembu, di sini, pada Khamis.

Mangsa maut dipercayai wanita warga tempatan dikenali sebagai Lee Siew Lean, 49, manakala teman lelaki dan suspek yang juga pekerja mangsa turut cedera dalam insiden itu. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Akibat perselisihan faham, wanita maut ditikam pekerja

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI