Kediaman Ngeh dibakar: Jangan gugat keamanan negeri Perak

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengingatkan semua pihak supaya tidak mengugat keamanan negeri ini dengan melakukan perbuatan yang tidak perikemanusiaan ataupun melanggar undang-undang jenayah.

Beliau yang juga memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Perak turut berharap tidak timbul masalah atau perbuatan khianat yang boleh menyebabkan ada balas dendam sehingga menyebabkan negeri ini tidak aman.

“Sebab itu, nasihat kepada saya dan semua orang, kita kena sentiasa mengingatkan diri kita jangan melakukan apa-apa perbuatan di luar perikemanusiaan ataupun melanggar undang-undang jenayah tak kira apa isunya.

“Secara umumnya sesiapa juga perlu patuh kepada undang-undang negeri dan negara. Jangan melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menyebabkan ada perbuatan balas dendam itu tidak baik untuk negeri kita.

“Saya yakin polis ada dalam tindakan mereka. Mudah-mudahan ini jadi iktibar kepada seluruh rakyat Perak,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program Executive Talk dan Perutusan Tahun Baharu 2024 Menteri Besar Perak di Hotel Casuarina@Meru di sini, pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden kebakaran yang berlaku di kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham yang berlaku di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 2.50 pagi tadi, tiga kereta Ahli Parlimen Beruas itu musnah dalam kebakaran di kediamannya di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar, dekat sini.

Difahamkan ketika kejadian Koo Ham dan isteri berada di rumah tersebut.

Kebakaran itu mengakibatkan kereta Mercedes Benz E300 terbakar 80 peratus manakala Honda CRV dan Toyota Hilux terbakar kira-kira lima peratus termasuk siling dan bumbung garaj di rumah tersebut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

3 kereta MP Beruas terbakar: Mungkin ada unsur khianat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI