Maritim rampas 30 set bubu naga di Pulau Talang

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak, telah merampas sebanyak 30 set bubu naga atau bubu kambang di perairan negeri Perak, petang semalam.

Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, bubu berukuran panjang 10 meter itu dirampas pada kedudukan sekitar 2.1 batu nautika barat daya Pulau Talang, dekat sini pada jam 4 petang.

Menurutnya, bubu naga itu berjaya dikesan bot ronda yang sedang melaksanakan Op Sayong, Op Pintas, Op Tanjung dan Op Tiris di perairan negeri.

Katanya, modus operandi bubu naga pada kali ini adalah dengan diikat secara berangkai dan diletakkan pemberat pada kayu tersebut

“Hasil tinjauan mendapati, pancang kayu berkenaan adalah penanda bagi lokasi bubu naga yang dipasang oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

“Kesemua bubu naga itu dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, pemilik bubu itu boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Jelasnya, individu itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau, kedua-duanya jika disabit kesalahan,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Maritim rampas 40 set bubu naga di perairan Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI