Lelaki warga asing ditemui maut di kebun durian

KUANTAN – Seorang lelaki warga asing ditemui maut di dalam kebun durian di Jalan Air Terjun Chamang, Bentong, bersama kesan kecederaan di beberapa anggota badannya.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian dilaporkan oleh seorang lelaki warga tempatan pada jam 5.00 pagi tadi.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati lelaki warga asing yang maut itu berusia 29 tahun dan merupakan pekerja di kebun durian tersebut.

Mohd Zaiham Mohd Kahar
Mohd Zaiham Mohd Kahar

“Bagaimanapun, pihak polis berjaya menahan dua lelaki warga asing berusia 26 tahun dan 31 tahun yang juga rakan sekerja mangsa, di mana salah seorang daripada mereka mempunyai beberapa kesan kecederaan dipercayai berpunca daripada pergelutan.

“Seorang daripada mereka ditahan di lokasi kejadian manakala seorang lagi ditahan ketika cuba melarikan diri di kawasan berdekatan,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Zaiham berkata, pihak polis berjaya merampas sebilah parang dan pisau yang dipercayai digunakan suspek.

Namun, tambah beliau, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI