MGPerak: MAIWP Ambil Langkah Perlu, Elak Insiden Seleweng Zakat Berlaku

304

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melakukan pemantauan rapi bagi memastikan insiden penyelewengan wang kutipan zakat tidak berlaku di bawah institusi mereka.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Fauzi Abidin berkata, antara langkah yang diambil pihaknya adalah tidak melantik terlalu ramai ejen zakat, sebaliknya urusan kutipan zakat diberi tanggungjawab sepenuhnya kepada Pusat Pungutan Zakat (PPZ)-MAIWP.

Katanya, sebuah jawatankuasa audit dan pemantauan oleh Lembaga MAIWP sentiasa memainkan peranan penting dalam memastikan segala urusan kutipan wang zakat oleh badan tersebut bebas daripada sebarang unsur yang meragukan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini