MGPerak: Pesara JKR Didenda RM30,000 Perdaya Ahli Perniagaan

208

Seorang pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana memperdaya seorang ahli perniagaan dengan mendorong beliau menyerahkan wang bagi membantu permohonan permit kerja bahan batuan yang tidak wujud 12 tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Zainuddin Bontak, 65, mengaku bersalah sebaik sahaja mendengar pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Ahmad Kamar Jamaludin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang pada ketika itu Pembantu Awam H11 cawangan mekanikal JKR Ipoh didakwa telah memperdaya seorang ahli perniagaan berusia, 52, dengan mendorong beliau untuk menyerahkan wang sebanyak RM30,000 bagi membantu permohonan permit kerja bahan batuan pasir sedangkan tiada permohonan permit kerja bahan batuan pasir dilakukan tertuduh.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini