KPDN Perak serbu premis bekal telefon bimbit tiruan

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak berjaya menghidu kegiatan membekal telefon bimbit berjenama terkenal disyaki tiruan di sebuah premis di Jalan Kampar, dekat sini, pada Khamis.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, susulan itu sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa melakukan serbuan ke atas premis berkenaan melalui Ops Tiru, sekitar jam 11.15 pagi.

Katanya, hasil pemeriksaan pihaknya menemukan 1,360 unit telefon bimbit yang kesemuanya disyaki menggunakan cap dagangan berjenama yang palsu.

“Premis itu sedang menjalankan perniagaan perkhidmatan pembaikan telefon serta membekalkan secara borong telefon bimbit pelbagai jenama untuk diedarkan di kedai telefon sekitar Ipoh untuk jualan.

“Wakil syarikat cap dagang telah melakukan pengesahan awal ke atas semua telefon bimbit terbabit dan disyaki premis telah melakukan kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

kpdn perak serbu premis jual telefon bimbit tiruan jenama cap dagangan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak melakukan serbuan di sebuah premis membekal telefon bimbit berjenama terkenal disyaki tiruan di sebuah premis di Jalan Kampar, Ipoh. foto ihsan KPDN PERAK

Tambah beliau, seorang lelaki berusia 55 tahun yang disyaki pemilik premis ditahan bagi membantu siasatan selain semua barangan yang disyaki menggunakan cap dagangan yang dipakaikan dengan salah disita dengan nilai rampasan berjumlah RM54,400.

“Maklumat awal juga mendapati bekalan telefon bimbit ini disyaki diperolehi melalui satu syarikat pembekal di Ibu Negara.

“Telefon bimbit berjenama terkenal yang dikeluarkan pada tahun 2017 itu boleh diperoleh di pasaran dengan harga antara RM40 hingga RM90.

“Malah, ia popular dalam kalangan pengguna lebih berusia kerana ia mudah dikendalikan berbanding telefon bimbit pintar,” ujarnya. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

KPDN Perak patahkan cubaan seludup 3,500 liter diesel

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI