KKM lulus peruntukan RM1.2 juta untuk katil baharu HRPB

IPOH – Kementerian Kesihatan (KKM) meluluskan peruntukan sebanyak RM1.2 juta kepada Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), dekat sini pada Selasa.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, peruntukan itu bagi perolehan katil pesakit baharu sebanyak 250 unit terhadap hospital berkenaan.

Katanya, usaha itu bagi menampung keperluan kapasiti dan menggantikan katil-katil yang uzur.

HRPB KKM peruntukan juta katil hopsital ipoh perak menteri kesihatan kementerian kesihatan HRPB KKM peruntukan juta katil hopsital ipoh perak menteri kesihatan kementerian kesihatan
Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 FEBRUARI 2024.

“Walaupun sudah ada Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi yang menempatkan 404 katil, namun ia masih belum mampu memenuhi keperluan keseluruhan 1,394 katil di HPRB.

“Disebabkan itu, saya meluluskan peruntukan berkenaan supaya ia boleh membantu HPRB beroperasi secara penuh (dengan penambahan kapasiti katil) bukan sahaja kepada kompleks, malah turut melibatkan katil-katil di wad,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi HRPB, dekat sini, pada Selasa.

Majlis disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, serta diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid.

HRPB KKM peruntukan juta katil hopsital ipoh perak menteri kesihatan kementerian kesihatan HRPB KKM peruntukan juta katil hopsital ipoh perak menteri kesihatan kementerian kesihatan
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan merasmikan Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 FEBRUARI 2024.

Pada Disember tahun lalu, media melaporkan HRPB melalui Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital menerima 54 katil baharu bagi menampung penggunaan katil yang tinggi yang melibatkan peruntukan RM500,000 daripada Kementerian Kewangan.

Dalam perkembangan berasingan Dr Dzulkefly berkata, Sultan Nazrin telah menitahkan kepadanya untuk memberi perhatian kepada menaik taraf termasuk pembesaran Hospital Kuala Kangsar sebagaimana yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 lalu.

Tambah beliau, projek berkenaan kini dalam proses tender sebelum peringkat kerja seterusnya dimulakan.

HRPB KKM peruntukan juta katil hopsital ipoh perak menteri kesihatan kementerian kesihatan HRPB KKM peruntukan juta katil hopsital ipoh perak menteri kesihatan kementerian kesihatan
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 FEBRUARI 2024.

“Ada sedikit perbincangan dan tuanku sebutkan kepada saya sebagai menteri dan ketua setiausaha untuk KKM beri perhatikan projek ini dengan kadar segera.

“Kementerian akan buat susulan mengenai perkara ini kerana projek ini atas janji yang dibuat Perdana Menteri dalam Bajet 2023 lalu,” ujarnya lagi.

Semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada Februari tahun lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan memulakan kerja awalan untuk menaik taraf sebanyak 26 hospital seluruh negara.

Ia termasuk pembesaran Hospital Kuala Kangsar; Jelebu, Negeri Sembilan dan juga Hospital Pontian, Johor yang telah berusia hampir seabad. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin rasmi Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi HRPB

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI