ADUN Pembangkang sambut baik Belanjawan Perak 2024

IPOH – Pembentangan Belanjawan Perak 2024 pada Jumaat lalu bukan sahaja mendapat pandangan yang baik dalam kalangan rakyat, malah turut menarik reaksi positif dalam kalangan wakil rakyat pembangkang.

Di samping nilai Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang meningkat 3.6 peratus pada tahun 2022 berbanding sebelumnya, peruntukan RM384.1 juta bagi Kesejahteraan Rakyat juga menerima penghargaan daripada mereka.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Razman Zakaria berkata, beliau menzahirkan ucapan tahniah kepada kerajaan negeri kerana berjaya menutup kedudukan kewangan negeri bagi tahun lalu pada kedudukan surplus RM29.6 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol itu juga menyifatkan inisiatif Kedai Bergerak Negeri Perak yang diperuntukkan sebanyak RM0.82 mampu meringankan beban rakyat untuk mendapat barang keperluan lebih murah.

“Saya dan saf pembangkang juga mengucapkan terima kasih dan amat menghargai keputusan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad melibatkan ADUN dan Ahli Parlimen pembangkang dalam mesyuarat-mesyuarat utama di peringkat daerah.

“Kerjasama yang diberikan oleh pegawai-pegawai daerah dan agensi di peringkat daerah, kami ucapkan terima kasih dan amat kami hargai,” katanya.

Beliau berkata demikian pasa Sesi Perbahasan Belanjawan Perak 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Isnin.

Selain itu, Razman turut menyifatkan keputusan Saarani yang memberikan peruntukan adil kepada semua wakil rakyat termasuk pembangkang sebagai wajah perpaduan yang sebenar.

“Perak merupakan antara negeri yang bergerak terkedepan dan menjadi contoh kerajaan yang mengaplikasikan politik matang aras tinggi.

“Tahniah kepada menteri besar telah memulakan langkah memberi peruntukkan kepada wakil-wakil rakyat pembangkang sama rata dengan ADUN kerajaan. Sekarang ini menjadi ikutan negeri-negeri lain seperti di Selangor,” katanya.

Sementara itu, ADUN Selama, Mohd Akmal Kamarudin berkata, usaha kerajaan negeri yang mahu menoktahkan kemiskinan di negeri ini harus disambut baik semua pihak tanpa mengira latar belakang politik.

“Dalam hal kemiskinan ini, mari kita bersama-sama memberi sokongan kepada kerajaan negeri untuk kira mengurangkan atau menoktahkan kemiskinan di Perak.

“Kita tidak perlu meletakkan hal politik di hadapan apabila membicarakan soal kemiskinan. Dalam hal lain kita boleh berpolitik, namun dalam soal membasmi kemiskinan semua pihak harus berganding bahu,” katanya lagi.

Pada masa sama, ADUN Alor Pongsu, Noor Azman Ghazali menyifatkan pertumbuhan ekonomi di Perak sebagai bagi jika dibandingkan dengan negeri lain.

Selain itu, beliau juga menyambut baik Pelan Perindustrian Perak yang dilancarkan Saarani baru-baru ini.

“Tahniah atas pelan industri yang dilancar yang mana ia menyasarkan nilai KNDK Perak bernilai RM123 bilion dalam tempoh 10 tahun. “Saya fikir, jika semua antara kita bersatu tenaga, fikiran dan tenaga, kita jangka ia dapat dicapai,” katanya lagi. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Belanjawan Perak 2024 RM1.35 bilion tertinggi dalam sejarah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI