Ahli Amanah dan BN masih ‘malu-malu kucing’ bersama – Mujahid

IPOH – Ahli Parti Amanah Negara (Amanah) dan Barisan Nasional (BN) khususnya di peringkat akar umbi dilihat masih ‘malu-malu kucing’ kerana masih belum dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain.

Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, walaupun kedua-dua parti sudah menjalinkan kerjasama di bawah Kerajaan Perpaduan selama setahun namun keserasian di peringkat akar umbi tidak seperti hubungan baik yang terjalin di peringkat atasan.

“Memang terdapat sedikit jurang dilihat di peringkat akar umbi namun kita di peringkat atasan mempunyai hubungan baik.

“Jadi, kita perlu beri ruang dan masa (peringkat kar umbi) supaya mereka mendapat keserasian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan perasmian Konvensyen Amanah Perak Kali Kelapan di hotel Tower Regency di sini, pada Ahad.

Hadir sama, Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi; Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chang Lih Kang; Bendahari DAP Perak, Howard Lee Chuan How dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Aminuddin Md Hanafiah.

Sementara itu, Mujahid berkata, satu konvensyen akan diadakan pada 28 Disember ini melibatkan keseluruhan jentera Kerajaan Perpaduan namun lokasinya masih belum ditetapkan.

“Majlis konvensyen itu akan diadakan pada 28 Disember ini bersama seluruh jentera perpaduan, BN, PH dan ia akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat,” ujar Pengerusi PH Perak. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Beri peluang orang muda terajui J-KOM – AMANAH Perak

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI