Ahmad Zahid ziarah keluarga angkat sempena Tahun Baharu Cina

BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meluangkan masa menziarahi keluarga angkatnya pada majlis sambutan Majlis Kunjungan Kasih Tahun Baharu Cina di Taman Desa Bersatu Hutan Melintang, di sini.

Kehadiran Ahli Parlimen Bagan Datuk itu disambut salah seorang ahli keluarga, Beh Song Wan, 61, yang tiba sekitar jam 3.05 petang di rumah berkenaan serta diiringi tarian singa.

Ahmad Zahid turut bersama keluarga tersebut menggaul pecal yang dijadikan Yee Sang serta meluangkan masa hampir sejam untuk bersembang sambil menikmati juadah makanan disediakan.

Ahmad Zahid ziarah keluarga angkat sempena Tahun Baharu Cina
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaul Yee Sang ketika meneruskan tradisi menziarahi rakan karibnya Beh Song Wan, 61, pada Majlis Kunjungan Kasih Tahun Baharu Cina di Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang. Foto ABDULLAH YUSOF, 11 FEBRUARI 2024.

Kediaman Song Wan yang dikenali sebagai Bujang sudah menjadi lokasi wajib untuk Ahmad Zahid singgah setiap kali Tahun Baharu Cina.

Antara menu istimewa yang disediakan pada tahun ini adalah pecal yang dijadikan sebagai Yee Sang, ayam masak merah, kari ikan dan sup kambing.

Kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada jiran tetangga turut hadir memeriahkan majlis berkenaan.

Ahmad Zahid ziarah keluarga angkat sempena Tahun Baharu Cina
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir menziarahi rakan karibnya Beh Song Wan, 61, pada Majlis Kunjungan Kasih Tahun Baharu Cina di Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang. Foto ABDULLAH YUSOF, 11 FEBRUARI 2024.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, setiap tahun beliau memang selalu singgah ke rumah keluarga angkatnya.

“Setiap tahun tanpa gagal saya akan datang ke rumah Bujang. Esok genap setahun, ibu beliau meninggal dunia,” katanya.

Februari tahun lalu, ibu angkatnya, Cheah Seoh Lian, yang meninggal dunia di kediamannya di sini, Ahad lalu.

Mendiang yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 83 tahun, disedari meninggal dunia dalam tidur di biliknya kira-kira jam 11 pagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Jangan libatkan politik bincang hukum syariah – Ahmad Zahid

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI