Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 kuatkuasa 1 Oktober ini

KUALA LUMPUR – Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) akan mula dikuatkuasakan bermula 1 Oktober ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), akta tersebut akan turut dikuatkuasakan kepada rokok elektronik.

“Akta ini merangkumi peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan dan larangan merokok di tempat awam,” kata KKM menerusi perkongsian di Facebook.

Sebagai rekod, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebelum ini berkata, langkah KKM mewartakan Akta 852 pada 2 Februari lalu sebagai usaha untuk mengekang penggunaan produk tembakau serta mengurangkan kemudaratan akibat merokok dan penggunaan lain-lain produk tembakau termasuk rokok elektronik atau vape.

Katanya, kajian Global Adult Tobacco Survey (GATS) Malaysia 2023 menunjukkan peningkatan peratus pengguna rokok elektronik atau vape yang amat ketara terutama dalam kalangan orang dewasa yang berusia kurang 50 tahun sangat membimbangkan dan memerlukan tindakan yang tuntas.

Terdahulu, Akta 852 diwartakan pada Februari lalu sehingga kini masih belum dikuatkuasakan walaupun pada mulanya diumumkan akan dilaksanakan pada Jun dan kemudiannya ditangguhkan pada Ogos lalu.

Terdapat pelbagai kritikan dilemparkan terhadap KKM susulan berkenaan. -MalaysiaGazette

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI