Along kena kuat! Suasana pekarangan mahkamah sebak

IPOH – Suasana pekarangan Mahkamah Majistret di sini sebak sebaik sahaja abang kepada pelajar SPM yang maut dilanggar 15 Disember lalu tiba bagi mengikuti pertuduhan berkaitan kes kemalangan Muhammad Zaharif Affendi, 17.

Abang mangsa, Zarul Fitri Muhd Zamrie, 29, cuba ditenangkan ahli keluarga dan sahabat-sahabat Allahyarham yang turut hadir di mahkamah pagi ini.

Allahyarham Zaharif meninggal dunia dalam kemalangan selepas motosikal yang dinaikinya dilanggar dan diseret oleh sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran SMK Jati di Meru, Ipoh.

Pegawai kanan polis berpangkat Deputi Supritendan berusia 44 tahun dipercayai memandu kenderaan Perodua Ativa telah melanggar mangsa sehingga menyebabkan kecederaan parah di kepala dan abdomen.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.  – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI