Jiwa tenang anggota polis dituduh di bawah 302KK – Bapa

IPOH – “Saya rasa jiwa saya tenang kerana dapat tahu seksyen dia dituduh (302 kanun keseksaan) dan Alhamdulillah jiwa saya tenang.

Itu luahan Muhd Zamrie Zainal Abidin 55, bapa kepada pelajar tingkatan lima, Muhammad Zaharif Affendi yang maut dilanggar seorang pegawai kanan polis di Jalan Taman Jati, Meru, di sini Jumaat lalu.

Muhd Zamrie berkata, dia mula redha dengan pemergiaan anak bongsunya itu selepas menerima sokongan tidak henti daripada ahli keluarga, jiran tetangga serta rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan anaknya itu.

“Saya dahulu seorang yang kuat tetapi sekarang emosi saya tidak kuat dan nak suap makanan pun tidak lalu tetapi saya tetap gagahkan diri.

“Tapi saya redha dengan kematian anak saya dan betapa bertuahnya kami sekeluarga kerana tidak henti-henti orang ramai datang berkunjung termasuk ada yang datang dari Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Johari Kassim dan Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris di kediamannya, di Taman Chepor Sentosa, di sini, pada Isnin.

Pesara tentera itu juga berkata, pemergian Zaharif Affendi juga membawa hikmah buat keluarganya ekoran merapatkan ukhwah rakyat Malaysia yang bersama-sama menyatakan sokongan.

“Zaharif Affendi meninggal dunia dengan cara yang betul-betul saya redha sebab dia mengikat ukhwah satu Malaysia dan kami redha dengan pemergian beliau,” katanya.

Jumaat lalu media melaporkan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar dan diseret pemandu kereta Perodua Ativa di Jalan Taman Jati, Meru sekitar jam 12.30 tengah hari.

Polis kemudiannya menahan seorang pegawai kanan yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kedah dan direman selama tiga hari bermula Sabtu.

Tertuduh Mohd Nazri Abdul Razak, 44, yang berpangkat Deputi Superintendan Polis (DSP) kemudiannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin atas pertuduhan membunuh dengan menyebabkan kematian Zaharif Affendi. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Along kena kuat! Suasana pekarangan mahkamah sebak

Keadilan Untuk Muhammad Zaharif Affendi

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI