Keluarga Zaharif Affendi rayu padam video kemalangan tular

IPOH – Keluarga Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, merayu agar pengguna media sosial untuk memadamkan sebarang video tular berhubung kemalangan Allahyarham di Taman Jati, dekat sini, Jumaat lalu.

Abang mangsa, Zarul Fitri Muhd Zamrie, 29, berkata, ini kerana penularan video berkenaan kejadian itu di media sosial mengganggu emosi ahli keluarganya yang sudah mula stabil.

“Apabila kami menonton kembali video kemalangan arwah, ia akan mengambilkan kembali ingatan kami yang mana kami masih lagi trauma (berkenaan kejadian itu).

“Jadi, atas dasar sesama manusia, kami minta tolong banyak-banyak supaya video yang mana ia mengaibkan arwah untuk tolong dipadam,” katanya.

Zarul Fitri berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Johari Kassim, di kediamannya di Taman Chepor Sentosa, di sini, pada Isnin.

Keluarga Zaharif Affendi rayu padam video kemalangan tular Zarul Fitri Muhd Zamrie pelajar kemalangan taman jati ipoh perak Keluarga Zaharif Affendi rayu padam video kemalangan tular Zarul Fitri Muhd Zamrie pelajar kemalangan taman jati ipoh perak
Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri Johari Kassim menziarahi Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55, bapa kepada pelajar Mohammad Zaharif Affendi 17, yang maut akibat dilanggar sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, di Taman Chepor Sentosa Chemor. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 DISEMBER 2023.

Dalam pada itu dia berkata, solidariti orang ramai terhadap arwah adiknya menyebabkan dia gagal mengawal perasaan sebak tatkala tiba di Mahkamah Majistret Ipoh, pagi tadi.

“Saya tidak dapat mengawal perasaan saya sebabkan saya nampak pelaku di depan mata. Kemudian, saya juga terharu atas sokongan semua pihak yang diberikan kepada kami sekeluarga.

“Terima kasih banyak-banyak atas sokongan itu, dan saya tahu ramai yang mendoakan adik saya. Saya cuma minta keadilan dan ketelusan terhadap proses siasatan (pendakwaan) yang dijalankan,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, Zarul Fitri berkata, pelantikan lapan timbalan pendakwa raya bagi mengendalikan kes kematian adiknya itu menambahkan lagi keyakinan ahli keluarga terhadap sistem kehakiman negara.

Pada pagi Isnin, seorang pegawai kanan polis, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, dihadapkan di Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan membunuh seorang pelajar Tingkatan 5, pada 15 Disember lalu.

Tertuduh, yang berpangkat Deputi Superintendan dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ia memperuntukkan hukuman mati, atau penjara minimum 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah juga dihukum dengan tidak kurang daripada 12 sebat. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Jiwa tenang anggota polis dituduh di bawah 302KK – Bapa

Pegawai polis dituduh bunuh menyebabkan kematian Zaharif Affendi

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI