Banjir di Perak semakin pulih, 48 mangsa masih di PPS

IPOH – Situasi banjir di Negeri Perak semakin pulih selepas jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurang kepada 48 orang berbanding 137 pada pagi Khamis.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan, seramai 12 keluarga masih ditempatkan di tiga PPS di masing-masing dua di Daerah Hilir Perak dan satu di Perak Tengah setakat jam 4 petang.

Katanya, jumlah mangsa banjir di Hilir Perak yang ditempatkan di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap dan Dewan Serbaguna Chikus menurun daripada 108 kepada 26 orang, dalam tempoh sama.

“Mereka yang masih ditempatkan di PPS Dewan MPTI Langkap adalah tiga daripada dua keluarga sementara 23 mangsa daripada lima keluarga masih berlindung di Dewan Serbaguna Chikus.

“Di Perak Tengah, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Sagor masih diaktifkan dan menempatkan 22 mangsa daripada lima keluarga,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Pada masa sama katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, paras Sungai Rui di Hulu Perak merekodkan bacaan amaran iaitu 165.62 meter.

Tambahnya lagi, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) juga meramalkan cuaca di Hilir Perak dan Perak Tengah berada dalam keadaan baik sehingga malam ini. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Banjir: Jumlah mangsa di Perak kekal, Selangor berkurang

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI