Banjir Perak: Sembilan mangsa ditempatkan di PPS

IPOH – Seramai sembilan mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran kejadian banjir di Kampar, pada Isnin.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua mangsa itu dari Kampung Batu 20 Kuala Dipang dan Kampung Pisang, Malim Nawar.

“Mereka yang terjejas banjir adalah terdiri daripada empat keluarga dari dua kampung berkenaan.

“Sembilan mangsa berkenaan ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Dato Azman Mahalan selepas ia mula diaktifkan pada jam 11 malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Banjir Perak Sembilan mangsa ditempatkan di PPS daerah Kampar hujan cuaca
Sembilan mangsa dari empat keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Dato Azman Mahalan ekoran kejadian banjir di Kampar. Foto ihsan ANGKATAN PERTAHANAN AWAM PERAK.

Katanya lagi, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Metereologi (MetMalaysia) tiada amaran hujan berterusan dikeluarkan setakat ini.

Namun ujarnya, Daerah Kampar diramalkan akan mengalami cuaca hujan pada sebelah petang sehingga malam.

Tambah kenyataan sama, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memberitahu dua sungai pula merekodkan bacaan melebihi aras normal setakat jam 7.30 pagi tadi.

“Sungai Perak di Kuala Kenderong dalam Daerah Hulu Perak mencatatkan aras bahaya dengan bacaan 113.79 meter.

“Sementara Sungai Kampar di Kampung Baru Kuala Dipang dalam Daerah Kampar melepasi aras waspada iaitu 22.12 meter,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Satu PPS dibuka di Kerian susulan banjir

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI