Lelaki warga Nepal ditemukan meninggal dunia pada pokok

IPOH – Seorang lelaki warga Nepal berusia ditemukan meninggal dunia dekat sebatang pokok di lereng bukit di puncak Bukit Perak Cave Temple, Jalan Kuala Kangsar, di sini, pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 1.33 tengah hari.

Katanya, sejurus selepas itu sebuah jentera bersama enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera di kaki bukit, anggota terpaksa berjalan kaki melalui laluan berbukit sejauh dua kilometer untuk tiba di puncak. Pasukan bomba menemukan seorang lelaki warga asing tergantung pada sebatang pokok,” katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Menurut beliau, operasi menurunkan mangsa dilakukan selepas bomba menjalankan penilaian awal kejadian di lokasi.

“Pasukan bomba menggunakan pengusung serta tali bagi membawa mayat mangsa yang berusia 26 tahun itu ke tebing bukit.

“Mayat mangsa kemudiannya berjaya dibawa turun dengan dibantu oleh beberapa anggota polis,” katanya.

Sabarodzi berkata, mayat mangsa yang telah diperiksa pihak polis kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa berkenaan bagi tindakan selanjutnya.

Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I KUP Johari Mohammad itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.10 petang. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Sampel DNA waris rakyat Malaysia hilang di Nepal selesai diperoleh 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI