MGPerak: Para SUKMA 2025: Prestasi Kontinjen Perak Membanggakan, Lepas Sasaran Emas

3

IPOH – Kontinjen Perak mencatat pencapaian membanggakan pada Para Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 selepas berjaya meraih 16 pingat emas, sekali gus melepasi sasaran awal kutipan emas yang ditetapkan kerajaan negeri.

Pencapaian itu turut menyaksikan Perak mengumpul 25 pingat perak dan 23 gangsa untuk menduduki tempat kelima terbaik keseluruhan pada temasya sukan yang berlangsung dari 5 hingga 10 September lalu.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kejayaan tersebut membuktikan prestasi atlet para negeri dalam temasya berkenaan berada pada tahap yang terbaik. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini