Belanjawan Perak 2024: Sasar sumbangan Badan Berkanun Negeri RM57 juta

IPOH – Kerajaan Negeri Perak mengunjur dana berjumlah RM57 juta yang dijana daripada sumbangan terkumpul Badan Berkanun Negeri bagi tahun 2024.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia sekaligus membantu mengurangkan kebergantungan hasil kerajaan negeri dari hasil cukai.

“Sumbangan Badan Berkanun Negeri yang telah ditetapkan adalah Lembaga Air Perak sebanyak RM20 juta; Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (RM20 juta);

“Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (RM6 juta); Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (RM6 juta); dan Perbadanan Menteri Besar (RM5 juta),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Pembentangan Belanjawan Perak 2024 sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di sini, pada Jumaat.

Saarani membentangkan Belanjawan Perak 2024 berjumlah hampir RM1.35 bilion, iaitu tertinggi dalam sejarah dengan anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM856 juta dan pembangunan RM491 juta.

Belanjawan yang bertemakan ‘Perak Makmur, Rakyat Sejahtera’ itu merangkumi lima fokus utama iaitu kesejahteraan rakyat, tadbir urus projek berkepentingan, kelestarian alam sekitar, keterjaminan bekalan makanan serta pembangunan modal insan dan belia. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Belanjawan Perak 2024 RM1.35 bilion tertinggi dalam sejarah

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI